KLANG – Isteri kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar menuntut keadilan dan mahu lelaki yang menyebabkan kematian suaminya menerima hukuman setimpal.
Nur Nadia Abdul Majid, 32, berkata, sebagai isteri dia hanya mahu pembelaan terhadap apa yang menimpa suaminya.
“Saya mahu nyawa dibalas nyawa,” katanya ringkas ketika hadir ke Mahkamah Klang, di sini hari ini.
Terdahulu, Nur Nadia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.18 pagi bagi mengikut prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang.
Pemandu mabuk dan khayal dadah yang mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat di sini, tiba di Mahkamah Klang bagi menghadapi pertuduhan, hari ini.
Lelaki berusia 20-an tiba kira-kira pukul 8.50 pagi dengan dikawal ketat anggota dan pegawai polis.
Sumber – Kosmo! Online





