Thursday, January 8, 2026
HomeBERITAKerja Pasang Gantri Iklan Di NKVE Damansara–Subang Bermula Malam Ini

Kerja Pasang Gantri Iklan Di NKVE Damansara–Subang Bermula Malam Ini

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan akan dilaksanakan di laluan antara Damansara dan Subang di KM16.33, bermula malam ini hingga esok.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja berkenaan akan membabitkan kedua-dua arah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari 10 malam ini hingga 5 pagi esok.

“Kami menjangkakan akan berlakunya gangguan trafik yang minimum di lokasi semasa kerja-kerja dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing serta mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X @plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya memerlukan bantuan kecemasan.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Berpotensi Jadi Negara Terkaya Dunia – Presiden Prabowo

0
JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa beberapa pakar geopolitik global sependapat bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai antara empat negara terkaya di dunia, lapor...

CATEGORIES