Friday, October 3, 2025
HomeBERITAAktiviti Dron Meningkat, Sumud Flotilla Dalam Fasa Berjaga Penuh

Aktiviti Dron Meningkat, Sumud Flotilla Dalam Fasa Berjaga Penuh

PETALING JAYA – Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada dalam keadaan berjaga-jaga penuh selepas menerima laporan terdapat peningkatan aktiviti dron yang berlegar di ruang udara misi.

Situasi terkini berkenaan dimaklumkan oleh salah seorang peserta misi yang juga Perunding Media AlKhair Malaysia, Razali Awang, sebentar tadi.

“Flotila sekarang dalam ‘mode’ berjaga-jaga penuh selepas terima laporan ada peningkatan aktiviti dron yang berlegar di ruang udara misi.

“Isyarat jelas bahawa cabaran makin getir untuk para peserta GSF,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Beliau turut meminta orang ramai untuk terus mendoakan keselamatan semua perserta misi tersebut.

“Teruskan doakan keselamatan kru GSF dan jangan lupa mereka yang sedang bertahan di Gaza!” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kapal tentera Israel telah menghampiri GSF selain membuat ugutan
dan merosakkan sistem komunikasi bot-bot konvoi berkenaan.

Salah seorang aktivis, Rahmat Ikhsan atau dikenali PU Rahmat, melaporkan, kapal tentera Israel tersebut turut melakukan taktik berbahaya dengan mengelilingi bot utama misi, iaitu Alma dan Sirius.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

TVS Lebarkan Sayap Dari Borneo Ke Malaysia

0
KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER 2025 – TV Sarawak (TVS), stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional, terus memperkukuh...

CATEGORIES