Friday, September 12, 2025
HomeBERITA2.2 Juta Kereta Sehari Guna Lebuh Raya Mulai Esok

2.2 Juta Kereta Sehari Guna Lebuh Raya Mulai Esok

PETALING JAYA – Plus Malaysia Berhad (Plus) menjangkakan trafik akan meningkat sehingga 2.2 juta kenderaan sehari menggunakan rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena musim cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia.

Plus dalam kenyataan hari ini berkata, tarikh hari-hari puncak tersebut adalah pada 12 hingga 13 September dan 19 hingga 20 September.

Susulan itu, Plus menyarankan pengguna untuk merancang perjalanan dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA yang tersedia di aplikasi Plus.

“Dengan penambahbaikan terbaharu, MyPLUS-TTA kini boleh diakses pada hari-hari puncak terpilih.

“Ia direka untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan di lebuh raya kendalian Plus dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 untuk hari-hari puncak di luar musim perayaan dengan lebih efisien serta membantu memastikan aliran trafik yang lebih lancar,” katanya.

Tambah kenyataan itu, dengan merancang perjalananan menerusi MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya dijangka dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar sepanjang musim percutian ini.

Pada masa sama, Plus juga mengingatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan
baki kad Touch ‘n Go atau eWallet (bagi pengguna RFID) sentiasa mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Amira Ini Masya-Allah, Sangat Pemurah Dan Menjaga Solat’ – Sissy Iman

0
PETALING JAYA – Penyanyi Sissy Iman kagum dengan keperibadian rakan selebritinya, Amira Othman yang disifatkan pemurah, penyayang dan sangat menjaga kewajipan sebagai Muslimah sejati. Menurut...

CATEGORIES