Sunday, January 26, 2025
HomeHIBURANBeri Masa, Saya Akan Tampil Dengan Kenyataan – Pengurus Che Ta

Beri Masa, Saya Akan Tampil Dengan Kenyataan – Pengurus Che Ta

PETALING JAYA – Memilih untuk berdiam diri, pengurus kepada pelakon Rozita Che Wan mohon diberi ruang berhubung dakwaan berhutang RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menurut pengurus, Afeeq Abd. Wahab, pihaknya akan tampil memberikan penjelasan berkaitan isu berkenaan dalam waktu terdekat.

“Assalamualaikum, tolong beri sedikit masa untuk bertenang.

Saya akan kembali dengan kenyataan rasmi kelak. Terima kasih,” katanya.

Pagi tadi, rumah pelakon drama Kiah Pekasam itu diserbu pihak Mara untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.

Serbuan tersebut dilakukan selepas isteri pelakon Zain Saidin itu dikatakan tidak membayar hutang pinjaman dari agensi terbabit hampir RM1 juta.Ketika serbuan dibuat, hanya kelibat ibu pelakon tersebut sahaja yang ada mendiami rumah mewah tersebut.Sementara itu, salah seorang anak pelakon itu iaitu Ammar Effendy tiba selepas satu jam pihak Mara memasuki rumah.

Sumber– KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES