Beri Alasan Tertekan Konflik Negara, Pelancong Israel ‘Buat Hal’ Di Bangkok

0
79
Foto: Kosmo

BANGKOK – Seorang pelancong Israel dicekup polis Thailand kerana menyebabkan gangguan awam dan mencuri dari kedai serbaneka tempatan di Pattaya malam tadi, lapor portal berita Thaiger.

Lelaki yang identitinya masih dirahsiakan itu mengaku mengambil ganja terlebih dahulu. Dia dipercayai berkelakuan  tidak senonoh kerana tertekan disebabkan  konflik berterusan antara Israel dan Hamas ketika ini.

Polis dipanggil ke tempat kejadian berikutan aduan bahawa seorang pelancong asing telah mencetuskan gangguan awam di Walking Street.

Setibanya di tempat kejadian, anggota-anggota polis mendapati pelancong asing itu menunjukkan tingkah laku yang mengganggu ketenteraman awam.

Pelancong itu dilaporkan memanjat bumbung sebuah hotel, di mana dia terus mematikan suis lif menyebabkan ketidakselesaan tetamu hotel sebelum menimbulkan gangguan awam di Walking Street.

Dia turut memasuki sebuah kedai serbaneka dan mengambil makanan serta minuman tanpa membuat bayaran sehingga pengurusnya menghubungi pihak polis.

Pelancong Israel itu akan menghadapi beberapa tuduhan termasuk mengganggu ketenteraman awam, kata  polis Pattaya. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here