Sunday, November 10, 2024
HomeBERITABerhenti Kerja Demi Jaga Kakak, Hanya Sempat Sehari Sebelum Pemergian

Berhenti Kerja Demi Jaga Kakak, Hanya Sempat Sehari Sebelum Pemergian

SHAH ALAM – Akibat sudah tiada ibu bapa di sisi, seorang lelaki di Kulim, Kedah sanggup berhenti kerja untuk menjaga kakaknya yang diserang jangkitan kuman pada paru-paru.

Muhammad Rusyaidi Muhammad Ronzi, 25, berkata, kakaknya, Nur Amirah yang berusia 30 tahun itu diserang jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan bisul di bahagian belakang pinggang.

Menurutnya, bagaimanapun kakaknya telah meninggal dunia pada 2 Oktober 2024 selepas sehari dia melepaskan pekerjaan sebagai pegawai pemasaran dan teknologi maklumat di Pulau Pinang.

Foto: Sinar Harian

“Saya merasa sangat sedih dengan kehilangan ini, tetapi dalam masa yang sama sedikit lega kerana ALLAH menguji arwah kakak saya dengan sakit hanya lima bulan.

“Saya berhenti kerja untuk menjaganya namun hanya dapat berkhidmat selama satu hari sahaja. ALLAH lebih menyayangi kakak saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambahnya, dia yang sebelum ini hanya tinggal tiga beradik setelah kematian bapa ketika di Tahun Dua dan ibu pada usianya 17 tahun.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPDN Keluarkan Kompaun Sebanyak RM7,100 Kes Tanda Harga

0
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM7,100 melibatkan 65 kes peniaga gagal menggunakan tanda harga khas...

CATEGORIES