Tuesday, September 10, 2024
HomeBERITABerhenti Kenderaan Di Tengah Jalan, Lelaki Menyamar Sebagai Pegawai Polis Diberkas

Berhenti Kenderaan Di Tengah Jalan, Lelaki Menyamar Sebagai Pegawai Polis Diberkas

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas diberkas selepas dipercayai menyamar sebagai pegawai polis dengan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas, semalam.

Berdasarkan laporan Kosmo, suspek berusia 63 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) berhampiran sebuah pasar raya di Sungai Tiram di sini, kira-kira pukul 9.40 pagi.

Menurutnya kenyataan di Facebook IPD BD, suspek dikatakan telah memberhentikan keretanya jenis Proton Perdana di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi berkenaan.

“Ketika kejadian, orang awam cuba menasihati suspek, tetapi tidak diendahkannya dan mengaku sebagai anggota polis sambil menunjukkan sekeping kad polis komuniti.

 Kad polis kominiti milik suspek yang menyamar pegawai polis di lokasi berhampiran sebuah pasar raya di Sungai Tiram, semalam.

“Sebaik menerima aduan daripada orang awam, polis Barat Daya kemudiannya terus ke tempat kejadian dan suspek diminta untuk menunjukkan kad pengenalan serta mengalihkan kenderaan.

“Namun, suspek enggan mengemukan kad pengenalan selain tidak mengalihkan kenderaannya,” katanya di sini, hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, polis turut merampas sekeping kad polis komuniti milik suspek dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 170 dan 186 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kad polis komuniti yang dimiliki suspek adalah palsu dan direkannya sendiri.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cinta Di Bangku Sekolah, Pengetua Kahwin Anak Murid

0
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan...

CATEGORIES