Beraya Pun Jangan Sampai Tengah Malam, Kasihan Tuan Rumah

0
46
Foto: Astro Awani

SAUDARA PENGARANG,

Budaya ziarah-menziarahi antara sanak saudara dan ahli keluarga di bulan Syawal sedang rancak berlangsung ketika ini. Setiap hujung minggu pastinya ada sahaja jemputan menghadiri rumah terbuka.

Namun, di sebalik keghairahan kita menghadiri rumah terbuka mahupun berkunjung ke rumah sanak saudara, jangan lupa untuk menghormati tuan rumah.

Beraya boleh kerana itu amalan mulia tetapi pilihlah waktu yang sesuai dan paling penting jangan beraya sehingga tengah malam.

Hormati hak jiran, janganlah sesuka hati parkir di depan rumah mereka, jangan buat bising, bercerita atau gelak ketawa sehingga menganggu. Kita perlu hormat orang.

Lagi satu, apabila sudah berjanji janganlah dimungkiri, kalau tidak dapat datang berilah tahu agar tuan rumah tidak tertunggu-tunggu.

INTAN BAIDURI
Ipoh, Perak

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here