Berang Isteri Minta Cerai, Suami Sanggup Tetak Isteri

0
53
Foto: ohBulan

DUNGUN: Seorang isteri ditetak dengan parang oleh suaminya, seorang buruh dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Ketengah Jaya, Dungun, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Maizura Abdul Kadir berkata, berlaku pertelingkahan antara lelaki berstatus penduduk tetap berusia 64 tahun terbabit dengan isterinya, warga tempatan berusia 39 tahun dalam kejadian kira-kira 10 malam itu.

“Berlaku pertelingkahan di antara mereka dan mangsa ketika itu dikatakan ada meminta cerai daripada suspek.

“Berang dengan permintaan isterinya, suspek mengambil objek panjang dipercayai sebilah parang dan menetak bahagian kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di kantin sebuah sekolah mengalami luka sepanjang sembilan sentimeter di dahi dan menerima 10 jahitan.

Maizura berkata, polis kini mengesan lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here