Bendera, Lagu Demimu Palestin Di SNBJ, Tanda Solidariti Rakyat Malaysia

0
103
Foto: NSTP

Kuala Lumpur: Lagu ‘Demimu Palestin’ bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebelum perlawanan Malaysia menentang India sebagai tanda soladiriti kepada situasi peperangan yang berlaku di negara terbabit baru-baru ini.

Malah, penyokong bola sepak tanah air turut mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada rakyat negara terbabit yang terkorban selepas kawasan penempatan mereka dibedil tentera Israel.

Nyanyian lagu itu disampaikan oleh penyokong Ultras Malaya sebelum diikuti hadirin yang lain.

Walaupun, Palestin menarik diri saat akhir ketika Pestabola Merdeka hanya berbaki beberapa hari saja sebelum kejohanan itu membuka tirai namun boleh dikatakan pasukan itu seolah berada di negara ini menerusi sokongan penyokong tanah air.

Sebelum ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pasukan Palestin terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan edisi ke-42 itu kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur ekoran situasi tegang di negara berkenaan ketika ini.

Walaupun Palestin menarik diri, format pertandingan Pestabola Merdeka 2023 tetap dikekalkan biarpun ia kini hanya disertai tiga pasukan, iaitu Malaysia, India dan Tajikistan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here