Bella Seorang Mudah Dipujuk – “Bagi Bunga Terus Saya Okay”

0
40
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi jelita, Bella Astillah mengakui dirinya merupakan seorang yang senang termakan pujukan.

Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, sikapnya sangat berbeza dengan anak perempuannya, Ara Adreanna yang mudah terasa dan garang.

“Saya tak macam itu (menunjukkan anaknya sedang merajuk). Saya seorang yang kalau merajuk sekejap sangat.

“Kalau orang itu minta maaf apatah lagi bagi bunga, Ya Allah, saya akan terus okey.

“Anak sulung saya, Ayden pun macam itu juga, lembut hati. Ara garang sebab dia anak nombor dua kot, suka merajuk,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Semakan HibGlam menerusi ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu.

Mereka juga menyifatkan Bella sebagai wanita baik kerana sering memaafkan orang yang melakukan penganiayaan terhadapnya termasuk suami dan kawan baik sendiri.

“Betul sangat apa dia cakap ni, 11 kali Aliff Aziz curang, engkau boleh maafkan, memang wanita baik. Jenis lembut sangat dia ni,” komen netizen itu.

“Baguslah Ara garang, boleh jaga mama dia nanti sebab mama dia lembut sangat hatinya. Mudah maafkan semua orang pun tak boleh juga, lama-lama kena pijak,” tulis seorang pengguna TikTok.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here