Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANBelajar Berdikari, Anak Johnny Depp Jadi Pelayan Restoran

Belajar Berdikari, Anak Johnny Depp Jadi Pelayan Restoran

MEMILIKI bapa popular dan kaya tidak menghalang anak kepada aktor tersohor, Johnny Depp iaitu Jack Depp untuk berusaha mencari wang sendiri dengan bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran.

Pemuda berusia 22 tahun itu nyata lebih selesa tidak menumpang tuah ayah serta ibunya yang juga model terkenal, Vanessa Paradis.Jack bekerja di sebuah restoran makanan Lebanon di L’Area di Paris selama dua tahun terakhir sebelum berhenti pada pertengahan tahun ini.

Menurut pengurusnya, anak muda terbabit bukan sahaja seorang yang senang untuk berurusan, malah langsung tidak bersikap sombong walaupun datang daripada keluarga berada.

“Bukan hanya mengambil pesanan, mengemas meja, Jack juga melakukan kerja di dapur. Susah mahu mendapatkan pekerja sepertinya.

“Dia berhenti kerja beberapa bulan lalu tetapi berjanji akan kembali ke sini tahun depan,” katanya.

Jonny Depp turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Lily-Rose, 25, juga model popular.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Firdaus Sah Beraksi Acara Pecut Individu ATC 2025 – Harnizam

0
PELUMBA basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom sah beraksi dalam acara pecut individu pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 yang akan berlangsung...

CATEGORIES