Bekas Pengarang Kumpulan BH, Rejal Arbee Meninggal Dunia

0
74
Foto: NSTP

Ahmad Rejal Arbee mula berkhidmat dengan BERNAMA pada 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negara pertama agensi berita itu pada 1973.

Allahyarham juga antara pengamal media terawal yang meneroka konsep media dwibahasa dan antara kakitangan pengasas BERNAMA.

Sepanjang di BERNAMA, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Meja Politik dan Parlimen, kemudian dilantik Timbalan Pengarang dan Ketua Bahagian Ekonomi sebelum meninggalkan agensi berita itu untuk menyertai News Straits Times (NST) pada 1976.

Bagaimanapun, Ahmad Rejal Arbee kembali menyertai BERNAMA sebagai Ketua Pengarang pada 1981 sebelum menamatkan perkhidmatan pada 1989.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Akhbar Malaysia (MPI) pada Januari 1984 hingga April 1989.

Beliau menjawat jawatan Pengarang Kumpulan BH bermula 1998 hingga 2003.

Ahmad Rejal Arbee dinobatkan Tokoh Wartawan Negara 2014 sempena majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara dan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2014.

Anugerah itu bagi menghargai sumbangan cemerlang wartawan veteran berkenaan dalam bidang penulisan dan kewartawanan tanah air.

Turut dipilih menerima anugerah pada tahun itu ialah bekas Pengarang Bersekutu NST, Allahyarham Zainon Ahmad. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here