Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITABekas Pemain Rebut Jawatan FAM

Bekas Pemain Rebut Jawatan FAM

KEJUTAN dijangka berlaku pada kongres pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan berlangsung bulan depan apabila tiga bekas pemain kebangsaan bakal merebut jawatan dipertandingkan.

Menurut sumber dalaman, legenda bola sepak kebangsaan yang merupakan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk Dollah Salleh akan turun merebut jawatan Naib Presiden badan induk bola sepak negara itu.

Beliau berkata, turut bersama-sama Dollah pada kongres pemilihan itu nanti adalah rakan karib dan bekas rakan sepasukan, Datuk Zainal Abidin Hassan yang dijangka dicalonkan sebagai Exco FAM.

“Dua nama tersebut adalah yang mewakili kem Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub yang akan bertanding untuk jawatan Presiden FAM.

“Setakat ini, dua nama itu berada dalam senarai untuk merebut jawatan pada pemilihan nanti. Dikatakan senarai itu sudah muktamad dan borang pencalonan akan diserahkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan seorang lagi bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Ramlan Askolani juga berada dalam senarai pencalonan untuk merebut jawatan dalam badan induk itu.

“Ramlan akan mewakili kem satu lagi dengan namanya disenaraikan bagi merebut jawatan Exco. Bagaimanapun, mungkin ada perubahan kerana masih ada masa untuk melakukan beberapa perubahan.

“Terdahulu, Ramlan memenangi jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA). Keadaan itu pasti menambah keyakinan untuk bertanding di Kelana Jaya,” ujarnya.

Sebagai rekod, FAM bakal diterajui kepimpinan baharu selepas Presiden sedia ada, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin mengesahkan tidak akan mengekalkan jawatannya menjelang kongres pemilihan pada 15 Februari depan.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES