Bekas Pemain Ragbi Kedah Meninggal Dunia Ketika Bersukan Bersama MB

0
44
Foto: Berita Harian

ALOR SETAR: Bekas pemain ragbi pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan bersama pasukan pilihan Menteri Besar petang semalam.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Ragbi Online, pemain berkenaan Ahmad Zainol Osman rebah ketika perlawanan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat serangan jantung.

Perlawanan itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Salam al-Fatihah buat Ahmad Zainol Osman yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Arwah mengalami serangan jantung ketika menyertai perlawanan pertunjukan antara pasukan pilihan Menteri Besar dan pilihan AOR sempena kejohanan ragbi Pra-SUKMA AOR di Stadium Suka Menanti, Kedah.

“Pasukan perubatan pertandingan berjaya untuk menstabilkan arwah ketika di padang dan beliau berada dalam kembali sedar sebelum di bawa ke HSB,” katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, keadaan arwah merosot ketika diberikan rawatan dan menghembuskan nafas terakhir di HSB.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here