Sunday, January 26, 2025
HomeBERITABayi Pramatang Perlu Dibedah Segera

Bayi Pramatang Perlu Dibedah Segera

BUKIT MERTAJAM – Seorang bayi lelaki pramatang mungkin tidak dapat bertahan sekiranya gagal menjalani pembedahan segera bagi mengubati penyakit jantung kongenital dihadapinya yang menelan belanja RM90,000.

Muhammad Ammar Arfan Mohd. Faiz Fakrumie, dua bulan, hanya mempunyai berat 1.7 kilogram (kg) selepas dilahirkan secara ceasarean pada usia kan­dungan 35 bulan.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, bayi itu terpaksa ditempatkan di dalam inkubator dan bergantung pada alat bantuan oksigen sebelum mengalami sinosis atau badan kebiruan semasa berusia sebulan.

Katanya, Muhammad Ammar Arfan kemudian disahkan menghidap penyakit jantung jarang berlaku dikenali ‘total anomalous pulmonary venous drainage’ (TAPVD).

“Jika pembedahan tidak dibuat pada masa terdekat, bayi yang kini bertanya 2.5 kg itu tidak akan dapat bertahan dan pe­nyakit ini boleh meragut nyawa­nya.

“Pembedahan sepatutnya dibuat semasa beratnya 3.5 kg tetapi keadaannya semakin te­ruk dan mendesak untuk dibedah dengan segera,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES