Bayi Perempuan Baru Lahir Dibuang Di Tepi Tangga Pangsapuri

0
162
Foto; Kosmo

JOHOR BAHRU – Nasib malang menimpa seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan apabila dia ditemui dibuang di anak tangga tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Jalan Sagu, Taman Daya di sini.

Menurut seorang pengguna laman sosial, bayi yang masih bertali pusat dan memiliki kesan darah ditemui ahli keluarganya di tepi unit kediamannya pada 11 Mac lalu.

Katanya, keluarganya kemudian menghubungi polis serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan lanjut.

“KKM sudah membawa bayi itu dan saya tiada maklumat lanjut berkaitannya.

“Dia (pelaku) buang bayi perempuan itu tanpa pakaian atau berbalut (kain), dia letak di tangga,” katanya menerusi perkongsian di Facebook (FB).

Difahamkan laporan polis dilakukan di Balai Polis Setiap Indah dan bayi berkenaan dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan pada 11 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here