Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANBawa Bertenang, Belum Lagi, Adui – Amelia Christie

Bawa Bertenang, Belum Lagi, Adui – Amelia Christie

PETALING JAYA – Pelakon Amelia Christie menafikan dakwaan sudah berhijrah sepenuhnya selepas penampilan mengenakan jubah dan tudung labuh sebelum ini mencetuskan tanda tanya.

Ujar Amelia atau nama sebenarnya Amelia Christie Lim, 24, dia masih belum berhijab selain meminta peminat supaya bertenang.

“Bawa bertenang kawan-kawan ku, belum lagi adui!” tulis menerusi Instagram Story.

Kekeliruan itu tercetus selepas Amelia memuat naik video dalam TikTok pada Selasa lalu memperlihatkan dirinya memakai jubah dan hijab sambil meluahkan rasa syukur terhadap ujian hidup dilalui.

“Terima kasih Ya Allah, cara-Mu mendewasakanku sungguh luar biasa,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

Hantaran itu menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji kecantikannya berimej sopan selain mendoakan pelakon itu terus istiqamah menutup aurat sepenuhnya.

Bagaimanapun, Amelia menegaskan bahawa perubahan tersebut belum berlaku buat masa ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Produk Saya Cuma Muzik, Bukan Kisah Peribadi’

0
PERNAH meledak dengan lagu Swipe, nama penyanyi Alyph kini gah meniti di bibir peminat muzik Nusantara. Susuk penyanyi rap dan penerbit muzik itu bukan...

CATEGORIES