Saturday, June 15, 2024
HomeBERITABawa Bas Tanpa Lesen, Dua Lelaki Dicekup JPJ

Bawa Bas Tanpa Lesen, Dua Lelaki Dicekup JPJ

SHAH ALAM – Tindakan dua lelaki warga India memandu bas pekerja tanpa lesen menerima padah apabila ditahan pihak berkuasa di Seksyen 25, Taman Seri Muda di sini, kelmarin.

Kesalahan kedua-dua warga asing berusia lingkungan 30-an itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam Op Patuh Bersepadu bermula kira-kira pukul 8 pagi.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, operasi khas itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, kesalahan dilakukan dua pemandu itu bukan sahaja membahayakan nyawa pekerja yang menaiki bas itu, malah pengguna jalan raya lain.

“Justeru, sitaan bas dilakukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Azrin, pihaknya mengeluarkan sebanyak 871 saman ke atas semua jenis kenderaan dalam operasi sehingga pukul 12 tengah malam di meliputi Plaza Tol Batu 9 Cheras, Plaza Tol Rawang, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE).

“Kesalahan yang direkodkan antaranya tiada lesen memandu dengan 255 kes, teknikal (444) dan tiada cukai jalan atau perlindungan insurans (174),” ujarnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES