Dikenali sebagai hos versatil, Rina Nose membuat satu pendedahan mengejutkan dalam sebuah program bual bicara kendaliannya, Rina Josscy, baru-baru ini.
Kreativiti pengacara juga pelakon itu disifatkan di luar kotak apabila mengundang dirinya sendiri sebagai tetamu.
Rina, 40, membawakan karakter personaliti televisyen popular iaitu Nadia Shihab lengkap dengan gaya rambut dan cara percakapan wanita terbabit.
Dia membahagikan dirinya kepada tiga watak iaitu Najwa, Nur Gemilang dan Rina Nose sendiri.
Meski acara berjalan dengan serius, dialog diluncurkan sepanjang sesi wawancara diakui sangat lucu sehingga ramai menyebut Rina telah mencapai tahap “another level” dalam menghibur.
Konsep diketengahkan meraih pujian apatah lagi dia mampu meniru cara Najwa selaku yang terkenal dengan gaya wawancara tegas selain mengundang tawa apabila membahasakan dirinya sebagai Najwa Gak Siap.
Sumber – Kosmo! Online