Bas Rapid ‘Laluan T454’ Tidak Beroperasi Sementara Waktu

0
41
Foto: Utusan

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali rangkaian perkhidmatan bas Rapid KL, hari ini memaklumkan bas laluan T454 tidak dapat beroperasi buat sementara waktu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Rapid KL dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

“Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bas (T454) tidak dapat melalui Jalan Sungai Sekamat berdekatan SK Seri Sekamat.

“Bas tidak beroperasi buat sementara waktu (dan) semua perhentian bas tidak dapat dilalui.

“Laluan yang terlibat adalah T454. Segala kesulitan amat dikesali,” katanya menurut hantaran itu.

Bagaimanapun, Rapid KL tidak memaklumkan lebih terperinci berhubung masalah yang dihadapi.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here