Friday, February 7, 2025
HomeHIBURAN“Baru jadi kerani firma undang-undang dah cabar hakim mahkamah” - Fathia Latiff...

“Baru jadi kerani firma undang-undang dah cabar hakim mahkamah” – Fathia Latiff Dikecam Pertikai Keputusan Hakim

PETALING JAYA – Pelakon Fathia Latiff kembali menjadi sasaran kecaman netizen gara-gara kelancangannya mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes Ahli Parliman Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini.

Fathia dengan lantangnya mempertikaikan keputusan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan di atas empat pertuduhan iaitu bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram ke atas bekas Presiden Muda itu.

Pelakon itu turut meminta Hakim Azhar menyemak semula perlembagaan persekutuan perkara lima, lapor Kosmo.

“Siapa hakim yang tak beri peluang langsung pada Saddiq ni? Tak pasal-pasal dia kena tujuh tahun penjara, sebatan dan denda RM10 juta. Ingat dia jutawan ke?

“Setahu aku, sebatan ini hanyalah untuk kes rogol di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code). Hakim manalah ni tak lepas Undang-undang Jenayah (Criminal Law) ke?” perli Fathia.

Tindakan ‘berani’ Fathia menghina dan menuduh hakim sehingga menyuruh hakim tersebut membuang ijazahnya membuatkan orang ramai tercuit rasa marah.

“Fathia Latiff, aku tak tahulah kau dapat ijazah sarjana muda undang-undang dari mana atau apa. Untuk pengetahuan kau, hakim yang kau kata tak cerdik tu adalah bekas Pengarah Pendakwaan dan telah berkhidmat lama.

“Siapa kau Fathia untuk berani tanya hakim lepas ke tidak Undang-undang Jenayah (Criminal Law) masa belajar dulu? Kurang ajar,” marah Ikhwan menerusi ciapannya di laman X.

Seorang lagi pengguna laman sosial berseloroh ingin menghantar email kepada firma yang Fathia sedang bekerja.

“Baru jadi kerani firma undang-undang dah cabar hakim mahkamah,” sindir seorang orang pengguna laman sosial.

Difahamkan, selebriti tersebut telah menyunting kapsyen hantaran tersebut dan memuat naik satu lagi hantaran berkenaan Perlembagaan Persekutuan perkara 10.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Gurauan Berlebihan Boleh Buat Orang Tak Selesa’

0
BUKAN sekadar hidup dilingkungi populariti, golongan selebriti merupakan suri teladan yang seharusnya menjadi contoh baik kepada masyarakat menerusi perkongsian hal bermanfaat. Pelakon Scha Alyahya antara...

CATEGORIES