Tuesday, September 10, 2024
HomeLUAR NEGARABaru Berusia 12 Tahun Tetapi Sudah Jadi Jutawan

Baru Berusia 12 Tahun Tetapi Sudah Jadi Jutawan

WASHINGTON – Seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang membuat pelaburan awal Bitcoin cuma AS$1,245 (RM5,811) kini bergelar jutawan selepas nilai mata wang kripto tersebut melambung tinggi, lapor portal berita UNILAD semalam.

Pada tahun 2011, Erik Finman membuat perjanjian dengan ibu bapanya bahawa dia tidak akan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti kerana  ingin mencari kekayaan di luar bidang pendidikan konvensional.

Dia yang bercita-cita mahu menjadi jutawan pada usia muda, berpendapat bahawa melabur dalam mata wang kripto adalah cara untuk merealisasikan impian tersebut.

Selepas menerima wang sebanyak AS$1,245 daripada neneknya pada 2011,  Finman melabur dalam Bitcoin (BTC) yang ketika itu didagangkan sekitar AS$12 (RM56) untuk 1 BTC. Dia kemudian memiliki 103 BTC.

Pada Disember 2017, ketika Finman berusia 18 tahun, mata wang itu mencapai paras tertinggi  AS$20,000 (RM93,360) bagi setiap satu BTC, manakala pelaburan awalnya sebanyak AS$1,245 meningkat kepada AS$2.07 juta (RM9.66 juta).

Dia memberitahu laman perniagaan Business of Business: “Saya sangat tidak suka belajar di  sekolah tinggi. Orang ramai tidak benar-benar faham apa yang saya cuba lakukan atau memahami apa yang saya cari atau apa yang saya impikan.

“Malah ada seorang guru memberitahu saya, ya, berhentilah belajar dan bekerja di McDonald’s kerana saya tidak akan dapat mencapai apa-apa lagi (kejayaan) dalam kehidupan.

“Saya berhenti sekolah tinggi dan membuat pertaruhan dengan ibu bapa saya iaitu jika saya menjana  satu juta dolar (RM4.67 juta) pada masa usia saya 18 tahun, saya tidak perlu kembali ke sekolah atau pergi ke universiti.”

Selepas menjana 1 juta pertamanya, Finman tidak berhenti di situ dan membina jumlah Bitcoin yang dia ada sehingga meningkat kepada 341 BTC dengan anggaran nilai lebih AS$4.8 juta (RM22.41 juta) menjelang pertengahan 2020.

Finman yang kini berusia 25 tahun, tidak terlalu gembira dengan kejayaannya dan  bertindak keluar daripada  pelaburan mata wang digital kerana sudah ‘muak menjadi orang Bitcoin’.

Baru-baru ini, dia melabur dalam industri pesawat yang menyatakan  telah membuat ‘wang dalam jumlah yang besar’.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cinta Di Bangku Sekolah, Pengetua Kahwin Anak Murid

0
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan...

CATEGORIES