PETALING JAYA – Baru sahaja beberapa bulan memiliki kenderaan MPV, Westar Maxus Mifa 9, nama usahawan sensasi Noor Nabila sekali lagi meledak dalam media sosial selepas membeli kereta jenama mewah, Range Rover.
Menerusi hantaran video pempengaruh, Rosix Omar, dia dilihat menemani kakak kepada selebriti Neelofa itu untuk mengambil kenderaan pacuan 4 roda baharu yang sudah lama diimpikannya.
“Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Bella (Nabila) dapat kereta idaman. Dia periksa dulu sebelum ambil. Hari ini, keretanya dah sedia untuk dibawa pulang,” katanya.
Range Rover warna kelabu yang dilengkapi nombor pendaftaran eksklusif tersebut difahamkan merupakan model terbaharu yang dianggarkan bernilai sekitar RM2.5 juta.
Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan meluahkan kekaguman terhadap kejayaan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang berjaya memiliki kenderaan mewah tersebut.
“Banyaknya duit Bella ni, hari itu beli Maxus, ini Range Rover pula,” kata seorang netizen.
“Macam Range Rover Siti Nurhaliza, anggaran boleh cecah RM2.5 juta atau lebih. Rezeki dia, alhamdulillah,” tulis seorang netizen.Terdapat juga netizen yang menyarankan Nabila supaya hidup bersendirian tanpa teman kerana bimbang pasangannya nanti tidak mampu mengimbangi status hidupnya
Sumber – KOSMO! ONLINE.