Sunday, January 26, 2025
HomeHIBURANBaru 18 tahun, Anak Tom Cruise Kini Berstatus Bilionair

Baru 18 tahun, Anak Tom Cruise Kini Berstatus Bilionair

TAHUN 2025 bakal menyaksikan sejarah baharu berlaku dalam kehidupan anak aktor Tom Cruise iaitu Suri Cruise apabila dia bakal menerima dana amanah bernilai AS$600 juta (RM26.4 bilion).

Dana tersebut akan diterima Suri apabila usianya genap 18 tahun pada 18 April tahun depan.

Menurut sumber, dana amanah itu telah disediakan Cruise sebagai salah satu tanda persetujuan perceraian dengan bekas isteri iaitu aktres Katie Holmes.

“Dana tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian perceraian Cruise dan Holmes yang diserahkan kepada anak perempuan mereka apabila sudah mencapai umur 18 tahun.

“Namun, wang dana tersebut diberikan secara berperingkat iaitu ketika Suri berumur 18 tahun dan 30 tahun nanti. Tabung amanah itu telah dibina dengan teliti supaya dia tidak mendapatkan semua wang sekali gus,” jelas sumber.

Bukan sahaja Cruise, Holmes turut menyediakan dana amanah buat anaknya itu sebanyak AS$25 juta (RM 110 juta) yang boleh diakses Suri apabila berusia 18 tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES