Tuesday, February 18, 2025
HomePERNIAGAANBank Rakyat Sumbang RM144,00 Di Sabah, Santuni 1,000 Pelajar Sarawak

Bank Rakyat Sumbang RM144,00 Di Sabah, Santuni 1,000 Pelajar Sarawak

SHAH ALAM – Bank Rakyat menyalurkan sumbangan berjumlah RM144,000 kepada 1,440 pelajar daripada keluarga B40 di daerah Kota Belud dan Penampang, Sabah menerusi Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat: Kembali Ke Sekolah.

Bank berkenaan yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), turut mengambil langkah proaktif dengan menyumbangkan 460 set komputer terpakai kepada 55 sekolah di dua daerah itu.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, setiap pelajar berhak mendapat peluang yang sama untuk menimba ilmu tanpa kekangan kewangan.

Menurutnya, inisiatif itu sejajar dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan pendidikan digital di Malaysia, khususnya kawasan luar bandar dan pedalaman.

Seramai 1,000 pelajar daripada 45 sekolah di daerah Kuching, Lundu, Bau dan Padawan menerima sumbangan daripada Bank Rakyat.

“Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa dan memberi semangat kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam akademik mereka.

“Kita sedia maklum bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan masa kini. Oleh itu, sumbangan komputer ini bertujuan memastikan pelajar mendapat akses kepada peralatan pembelajaran digital yang lebih baik, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk mereka meneroka ilmu secara interaktif dan inovatif,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, menerusi inisiatif itu, Bank Rakyat berjaya mengumpulkan komputer terpakai dari ibu pejabat dan cawangannya di seluruh negara untuk disumbangkan kepada sekolah.

“Sesungguhnya inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kita sebagai sebuah keluarga Madani untuk mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran anak-anak di kawasan luar bandar sekali gus menyemai budaya celik digital.

“Inisiatif ini juga jelas membuktikan bahawa kita semua termasuk kerajaan, sektor awam serta swasta berkongsi matlamat dan tanggungjawab yang sama dalam memastikan tiada seorang pun golongan yang ketinggalan daripada menerima pendidikan dan kemudahan yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, Bank Rakyat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menyalurkan sumbangan berjumlah RM100,000 untuk 1,000 pelajar daripada 45 sekolah di daerah Kuching, Lundu, Bau dan Padawan.

Pada masa yang sama, Bank Rakyat turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah sebagai sebahagian daripada usahanya untuk membantu memastikan kebajikan kanak-kanak ini terus terpelihara.

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad merakamkan penghargaan kepada Bank Rakyat atas keprihatinan Bank tersebut dalam membantu memperkasa perjalanan pendidikan pelajar yang memerlukan khususnya di luar bandar.

“Sehubungan dengan itu, inisiatif Bank Rakyat pada hari ini merupakan antara usaha yang signifikan, bukan sahaja dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak yang masih bersekolah, tetapi juga terhadap perkembangan pendidikan pelajar,” katanya

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

EPL: Marmoush Mula Tunjuk Impak Hebat

0
MANCHESTER – Kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad malam kelmarin menyaksikan Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga...

CATEGORIES