Bank Negara Beri Peringatan Jangan Jawab Panggilan Pusat Respons Scam Kebangsaan

0
103

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) memohon agar orang ramai agar tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Menurut BNM, NSRC dan pihak berkuasa lain tidak melakukan sebarang panggilan telefon kepada mana-mana pihak atau meminta butiran perbankan sensitif seperti One Time Passcode (OTP) atau kata laluan.

“Berhati-hati kerana taktik penipuan ini semakin meningkat. NSRC dan pihak berkuasa lain tidak akan mengarahkan anda untuk memindahkan wang kepada akaun lain. Matikan panggilan!

“Berjaga-jaga terhadap penipu yang menyamar sebagai NSRC, dengan menuduh jenayah palsu,” katanya.

Poster peringatan dikongsikan BNM.

Justeru, BNM memohon mana-mana individu untuk sentiasa peka bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa jenayah scam.

Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan kewangan, segera hubungi bank atau NSRC melalui talian 997. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here