Tuesday, December 10, 2024
HomeBERITABanjir di Persimpangan Lampu Isyarat Kiwa, Laluan ke BBST dan KLIA Ditutup

Banjir di Persimpangan Lampu Isyarat Kiwa, Laluan ke BBST dan KLIA Ditutup

SEPANG – Polis menutup sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa kerana ditenggelami air awal pagi ini.

Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah Sepang dalam kemas kini di Facebook Trafik IPD Sepang, memaklumkan laluan yang ditutup setakat jam 8 pagi tadi ialah dari Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Warisan.

“Penutupan jalan sementara di jalan BBST-Kota Warisan dan laluan alternatif bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan raya berikutan paras air yang naik boleh mengundang pelbagai masalah kepada kenderaan.

“Penutupan jalan bermula hari ini sehingga dimaklumkan,” menurut kenyataan itu.

Polis Trafik IPD Sepang juga menasihati pengguna jalan raya agar memberi kerjasama dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif dalam tempoh berkenaan.

Pengguna jalan raya dinasihati untuk menggunakan laluan alternatif bagi ke KLIA berikutan penutupan sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa.

Bagi mereka yang datang dari Putrajaya, disarankan untuk keluar di Plaza Tol Bandar Serenia, sementara pengguna dari arah Kota Warisan disarankan keluar di Ayamas untuk ke KLIA.

Persimpangan lampu isyarat itu menghubungkan BBST, KLIA, Nilai dan Dengkil, sering dinaiki air apabila hujan lebat, selain berada di kawasan rendah.

Sumber – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES