Monday, December 2, 2024
HomeBERITABanjir: AKSB Henti Operasi LRA Teluk Mesira, 1,300 Pengguna Terjejas

Banjir: AKSB Henti Operasi LRA Teluk Mesira, 1,300 Pengguna Terjejas

KOTA BHARU – Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) terpaksa menghentikan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Mesira, Bachok dekat sini selepas kawasan itu ditenggelami banjir.

Jabatan Korporat AKSB dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu menyebabkan 1,300 pengguna di Teluk Mesira, Taman SPP, Kampung Jembal, Tok Jawa, Budi, Pintu Gerbang, Wakaf Zin, Desa Kerian, Dusun Durian, Chicha Menyabung dan Gajah Mati terjejas bekalan air.

Menurutnya, bagaimanapun, khidmat lori tangki digunakan buat sementara waktu untuk membantu pengguna terjejas.

“AKSB juga akan membuat pemakluman kepada pengguna terlibat melalui sistem infoblast yang akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, maklumat mengenai bekalan air turut dimaklumkan menerusi laman web www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook dan Instagram.

Tambahnya, sebarang aduan boleh dilakukan menerusi di talian 15777.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES