Bangkai Gajah Reput, Membusuk Di Tasik Kenyir Dijangka Sudah Mati Lebih Seminggu

1
130
Foto: Kosmo

HULU TERENGGANU – Pengunjung Tasik Kenyir dekat sini dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor gajah di Sungai Mandak di kawasan pelancongan terbabit dekat sini baru-baru ini.

Bangkai haiwan liar ditemui dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Kulit gajah tersebut didapati sudah berlubang-lubang dipercayai dimakan beberapa haiwan lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong yang dihubungi berkata, siasatan awal percaya haiwan mamalia tersebut sejak mati lebih seminggu lalu.

“Pemeriksaan awal mendapati kematian gajah itu bukan unsur khianat kerana tiada kesan tembakan mahupun jerat pada badan haiwan tersebut.

“Setakat ini, kita percaya ia disebabkan kematian semulajadi. Saya harap orang awam memaklumkan penemuan segera sebarang kematian kepada Perhilitan untuk tindakan segera,” katanya. 

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here