Balai Polis Diserang: Koperal Mohd. Hasif Stabil

0
35
Foto: Utusan

JOHOR BAHRU: Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, anggota berusia 38 tahun itu berada dalam keadaan stabil.

“Koperal Mohd Hasif masih dirawat di hospital dan keadaan beliau stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam serangan pada jam 2.45 pagi Jumaat lalu, dua rakan setugasnya, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam kejadian itu.

Suspek serangan itu yang berusia 21 tahun juga maut di lokasi kejadian.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here