Bakal Adakan Sidang Media, Selangor FC Kawal Ketat Keselamatan Faisal Halim

0
44
Foto: Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Berita baik untuk penyokong bola sepak negara, khususnya peminat Selangor FC, apabila tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim, dijangka hadir pada sidang media pasukan itu esok.

Menurut maklumat yang diterima oleh BH Sukan, dengan kehadiran Faisal pada sesi sidang media berkenaan, Selangor FC akan mengambil langkah keselamatan terbaik dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Perkembangan ini pastinya menggembirakan penyokong bola sepak tempatan yang sebelum ini sentiasa mendoakan agar pemain itu cepat sembuh dan kembali beraksi di padang.

Sebelum ini, pada 5 Mei lalu, arena bola sepak negara dikejutkan apabila Faisal menjadi mangsa serangan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Selepas menjalani empat pembedahan sepanjang tempoh berada di hospital, penjaring gol terbaik Piala Asia itu dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei lalu.

Berdasarkan laporan sebelumnya, pemain sayap berusia 26 tahun itu dijangka memerlukan waktu antara tiga hingga enam bulan sebelum dapat kembali beraksi.

Tanpa Faisal, Selangor FC kini berada di tangga keempat Liga Super setelah tiga perlawanan, dengan mengumpulkan enam mata.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here