Saturday, February 15, 2025
HomeHIBURAN'Baju Sudah Corak Palestin, Tapi Bergelek Pula' - Emma Maembong Dikecam

‘Baju Sudah Corak Palestin, Tapi Bergelek Pula’ – Emma Maembong Dikecam

PETALING JAYA – Pelakon jelita Emma Maembong ditegur tidak sensitif apabila memakai jaket sejuk (hoodie) yang direka dengan corak bendera Palestin, namun ‘memperagakannya’ dalam keadaan bergelek dan menari sakan.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail dalam Instagram, pelakon berusia 31 tahun itu dilihat menggayakan hoodie yang terang-terangan memaparkan pakaian tersebut tertera bendera Palestin ketika menari-nari bersama adik beradiknya yang lain.

“Family time (waktu bersama keluarga),” tulisnya.

Bagaimanapun, tindakan pelakon berstatus ibu kepada dua orang cahaya mata itu membuatkan segelintir pengikutnya berasa kurang senang, apabila menganggap perbuatannya bersuka ria sambil bergelek dengan memakai hoodie bercorakkan bendera Palestin sebagai tidak sensitif dengan peperangan yang sedang berlaku di negara tersebut.

“Baju sudah Palestin (corak), tapi bergelek pula. Bukan tak suka Emma, cuma rasa tak kena. Tolonglah orang di sana (Palestin) sedang bersedih,” ujar seorang netizen.

“Nak bergelek pun janganlah pakai baju Palestin. Langsung tak sensitif,” ujar seorang lagi netizen.

“Tak faham manusia begini. Atau memang tidak ada perasaan?” tegur seorang pengguna Instagram.

Walaupun ditegur, Emma dilihat langsung tidak memberi respons terhadap teguran yang diberikan kepadanya dan hanya membalas komen netizen yang tertarik untuk membeli hoodie tersebut.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES