Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURAN'Babak Ini Kelihatan Murah' - Aksi Ciuman Berlapik Daiyan Trisha, Hun Haqeem...

‘Babak Ini Kelihatan Murah’ – Aksi Ciuman Berlapik Daiyan Trisha, Hun Haqeem Dikritik

PETALING JAYA: Baru satu episod ditayangkan, drama W: Two World mencetuskan kontroversi apabila adegan ciuman berlapik antara pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah penonton.

Drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim itu menceritakan sebuah kisah romantik daripada siri adaptasi drama terkenal Korea Selatan dengan judul yang sama.

Namun begitu, di penghujung episod satu, terdapat adegan di mana Hun Haqeem sebagai Alif menarik tangan Izara lakonan Daiyan Trisha dan terjadilah adegan ciuman berlapik menggunakan kain antara kedua-dua pelakon itu.

Adegan itu telah diolah oleh Yusry berbanding naskhah asalnya di mana kedua-dua pelakon Korea Selatan itu saling bercium tanpa dilapik kain.

Melihat komen-komen di platform ‘x’, walaupun berlapik, rata-rata mengecam adegan ciuman tersebut yang disifatkan tidak sesuai dengan budaya masyarakat setempat.

“Ingatkan bila karya adaptasi pengarah ubahlah sikit beberapa bahagian. Ini siap ikut betul-betul. Risau,” kata satu komen.

“Babak ini kelihatan murah, ada cara lain untuk menjadikan naskhah itu romantis dengan cara kita sendiri. Perlu jadi lebih kreatif,” kata komen yang lain.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat, mungkin adegan berkenaan hanya menggunakan helah kamera yang sebenarnya ‘menampakkan’ kedua-dua pelakon itu seperti bercium.

“Anda semua ini yakin sahaja yang itu Daiyan, muka bukannya nampak pun, entah-entah pelakon lain,” tulis seorang peminat.

“Rasanya ini semua sudut kamera. Tak cium betul,” tulis satu komen.

Utusan Malaysia cuba mendapatkan komen daripada pengarah, Yusry gagal kerana dia tidak mengangkat panggilan telefon.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES