PETALING JAYA – “Tidak sangka pula diputar belit.”
Berdasarkan Kosmo, demikian alasan Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada ketika membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menulis komen mendakwa aktres Puteri Sarah Liyana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menurut Shuhada, 29, komen yang ditinggalkan dalam satu hantaran Instagram milik pempengaruh media sosial, Farah Lee sekadar satu doa untuk melihat kebahagiaan dalam kehidupan Puteri Sarah selepas ini.
“Alamak, ini sudah menjadi salah faham yang besar. Komen saya itu hanya menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang saya hormati dan memandang tinggi.
“Tiada sebarang kaitan dengan perkahwinan. Tidak sangka pula diputarbelit sehingga begitu sekali,” katanya dalam InstaStory.
Menurut Kosmo, mengakui dirinya peminat Puteri Sarah, Shuhada tidak pernah terlintas untuk mencipta publisiti murahan menerusi komen ‘mengundang’ yang ditulisnya.
Ibu tunggal dua anak itu juga menegaskan sudah membuat permohonan maaf secara periadi kepada Puteri Sarah mengenai komen yang mencetuskan salah faham tersebut.
“Seperti orang lain, saya juga peminat Kak Sarah. Tiada rasa sedikit pun hendak mencari perhatian atau menjadi bahan tajuk laporan media.
“Saya juga sudah meminta maaf secara peribadi pada Kak Sarah dan disini, saya ingin memohon maaf secara terbuka sekiranya pernah menghina atau menguruk Kak Sarah.
“Kita doakan perkara yang baik untuk orang lain, pasti Allah SWT beri hal yang baik juga,” ujarnya.
Terdahulu, Shuhada mencuri perhatian ramai apabila menulis komen mengucapkan tahniah atas perkahwinan Farah Lee dengan Fuad Hashim dan selepas ini hanya dia sahaja masih belum berkahwin selain mendakwa Puteri Sarah adalah individu seterusnya yang akan mendirikan rumah tangg.
Semalam, Kosmo! melaporkan pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, kesal apabila terdapat individu menyebarkan dakwaan berbaur fitnah dia bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Indonesia, Andi Arsyil tidak lama lagi.
Puteri Sarah dan Andi sebelum ini digosipkan sedang menjalin hubungan cinta apabila kerap muncul bersama dalam siaran langsung TikTok namun menegaskan hubungan mereka hanya sekadar rakan perniagaan.
Sumber: Kosmo