Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURAN‘Awak Merepek Apa Ini? Bila Masa Ada Isu Buli Daripada Pelakon Senior?...

‘Awak Merepek Apa Ini? Bila Masa Ada Isu Buli Daripada Pelakon Senior? ‘– Ahmad Idham

PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah, Ahmad Idham menempelak kenyataan pelakon baharu yang mendakwa gejala buli antara artis senior dan junior masih berlaku di set penggambaran sehingga hari ini.

Menurut Ahmad Idham, 50, artis baharu yang mengeluarkan kenyataan itu disifatkan sebagai tidak memahami situasi sebenar buli.

“Awak merepek apa ini? Bila masa ada isu buli daripada pelakon senior?

“Mungkin awak tidak faham perbezaan antara dibuli dengan isu pelakon baharu macam awak yang tak faham apa itu lakonan,” selarnya dalam Instagram.

Bukan itu sahaja, Idham atau nama penuhnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, mana-mana pelakon perlu memaklumkan sebarang kejadian buli yang berlaku di set penggambaran kepada pengarah dan bukannya menghebahkan kepada umum.

“Kepada anda yang masuk industri tanpa ilmu ini, pengarah adalah ketua kapal di set penggambaran.

“Sekiranya berlaku insiden buli oleh pelakon senior seperti dikatakan mamat seorang ini, boleh sahaja maklumkan kepada pengarah bukannya kepada pihak media.

“Nak dapat publisiti pun janganlah sampai wujudkan persepsi negatif ya,” ujarnya.

Bagaimanapun, pengarah filem Anak Perjanjian Syaitan itu tidak menyebut nama mana-mana pihak berkenaan isu yang disuarakannya.

Terdahulu, pelakon meningkat naik, Alif Muhaimin mendedahkan budaya buli dalam kalangan pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga hari ini.

Katanya, dia juga pernah berhadapan dengan situasi dibuli oleh kru produksi sehingga membuatkannya ingin berhenti berlakon.

Sumber – Kosmo! Online

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES