PELAKON Indonesia, Aurelie Moeremans yang dilahirkan dan dibesarkan di Belgium ini mendedahkan dirinya pernah dibuli oleh seorang pelakon popular sebaik sahaja ingin memulakan kerjaya sebagai orang seni.
Peristiwa itu bermula disebabkan dia pernah duduk di sofa aktres terbabit disebabkan dia tidak mengetahui bahawa tempat tersebut memang dikhaskan untuk pelakon terbabit sehingga disembur dengan pewangi oleh pembantu peribadi wanita tersebut.
Malahan, dia tidak menyangka akan digandingkan kembali dengan aktres tersebut sehingga dia melihat sikap kurang senang lebih jelas kelihatan. Dalam drama tersebut, Moeremans terpaksa memotong rambut pendek disebabkan watak yang ingin dibawa perlu untuk mengubah penampilan dirinya.
Namun, selepas itu, personaliti tersohor itu meminta produksi untuk menggantikan namanya dengan orang lain walaupun sudah mengorbankan rambut asalnya.
Meskipun kesal dengan peristiwa tersebut, ia tetap menjadi detik yang tidak dapat dilupakan walaupun sudah bertahun lamanya.
Sumber: Kosmo