ATM Nafi Hantar Anggota Ke Palestin, Video Tular Video Lama

0
95
Foto: Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan ada menghantar anggota tentera ke Palestin seperti yang ditular menerusi platfrom Tik Tok.

Markas ATM, menerusi satu kenyataan malam tadi mengesahkan ia adalah video lama mengenai sekumpulan anggota ATM yang ditugaskan ke Lubnan pada 2022.

Markas ATM memaklumkan video berdurasi seminit 36 saat itu, disiarkan menerusi akaun milik @adamjohan64 (@adamofficial64).

“ATM telah meneliti kandungan video tersebut dan mendapati ia merupakan sebuah video lama mengenai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) bagi  Kumpulan Malaysian Battalion 850- 10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan pada tahun 2022.

“Justeru, ATM menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali.

“MAsyarakat dminta agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat,”menurut kenyataan itu.

ATM turut menegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here