Friday, January 24, 2025
HomeBERITA'Arwah Kata Dia Akan Mati Selepas Balik Dari Kerja'

‘Arwah Kata Dia Akan Mati Selepas Balik Dari Kerja’

PORT DICKSON – Seorang mualaf yang maut dalam nahas jalan raya pada Ahad lalu berulang kali menyatakan kepada rakan serumah bahawa dia akan meninggal dunia dalam kemalangan, lapor Kosmo.

Perkara itu diceritakan rakannya, Muhamad Norhuzairi Che Azmi, 21, yang memberitahu arwah Muhammad Qusyairie berkata demikian kepadanya pada Khamis minggu lalu. 

“Arwah Muhammad Qusyairie berkelakuan pelik, malah berulang kali memberitahu bahawa dia akan meninggal dunia dalam kemalangan sejak Khamis lalu.

“Tanda-tanda pelik yang ditunjukkan arwah seperti badannya sejuk, kurang selera makan, lesu dan kurang bercakap sebelum ‘pergi’,” katanya ketika ditemui. 

Menurut lelaki itu,arwah memeluk Islam pada April lalu selepas tertarik melihatnya menunaikan solat dan membaca surah Yassin.

Jelasnya, arwah Muhammad Qusyairie juga turut minta maaf sekiranya dia ada melakukan sesuatu tindakan yang membuatnya terguris. 

“Dia (arwah) kata balik dari kerja nanti, dia akan kemalangan dan mati. Saya minta arwah supaya tidak bercakap sedemikian, nanti saya tiada kawan,” katanya yang tinggal serumah dengan arwah sejak setahun lalu.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan Muhammad Qusyairie yang bekerja sebagai pekerja restoran dan seorang lelaki berusia 54 tahun maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kejadian pukul 3.20 petang di Kilometer 8, Jalan Pantai di sini.

Jenazah Muhammad Qusyairie diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Intan Perdana di sini selepas proses bedah siasat selesai semalam.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bagnaia Wajar Jadi Keutamaan Ducati

0
MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama...

CATEGORIES