Saturday, June 15, 2024
HomeVIRALArwah Datang Dalam Mimpi, Anak Jururawat Maut Ditikam Rindukan Ibu

Arwah Datang Dalam Mimpi, Anak Jururawat Maut Ditikam Rindukan Ibu

KANGAR – Dua anak kepada jururawat yang maut ditikam suami dikatakan kerap bertanya tentang ibu mereka selain memberitahu pernah bermimpi tentang arwah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, perkara itu dimaklumkan ahli keluarga arwah ketika mengunjungi rumah bapa mangsa di Beseri, dekat sini kelmarin.

“Apa yang saya boleh katakan, emosi dua anak lelaki mangsa berusia enam dan lapan tahun di­lihat dalam keadaan baik walaupun ahli keluarga menceritakan mereka bertanyakan ibu mereka dan juga bermimpi mengenai Allahyarham.

“Mungkin kerana mereka telah biasa ditinggalkan atas urusan kerja kerana ibu mereka bekerja syif jadi keadaan agak terkawal,” katanya ketika ditemui Kosmo di sini semalam.

Kata beliau, kerajaan negeri sedia hulurkan bantuan dan sokongan diperlukan bagi membantu memulihkan trauma keluarga mangsa jururawat ter­babit.

“Keluarga mangsa akan menerima sokongan kaunseling dan psikologi daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Berdasarkan Kosmo, dalam perkembangan berkaitan, Wan Badariah memberitahu, anak-anak mangsa buat masa ini akan dijaga oleh salah seorang ahli keluarga mang­sa di negeri ini.

“Saya dimaklumkan mereka belum lagi bertemu dengan keluarga suami mangsa bagi membincangkan mengenai siapa yang perlu menjaga dan urus dua kanak-kanak tersebut,” jelasnya.

Ahad lalu seorang jururawat maut setelah ditikam suaminya sendiri dipercayai kerana cemburu.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES