BIARPUN pasangan pelakon Ariana Grande dan Ethan Slater mengakui sedang menjalin hubungan cinta, namun kedua-duanya dikatakan jarang mempamerkan aksi mesra di hadapan khalayak.
Bagaimanapun, perkara itu berbeza apabila Grande dilihat tanpa segan silu memeluk Slater di depan umum sewaktu acara tayangan perdana filem Wicked di New York, Amerika Syarikat minggu lalu.
Tentu sahaja ‘babak’ berpelukan di acara karpet merah itu menarik perhatian khalayak, sekali gus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.
Malah ada peminat yang mengharapkan agar mereka mengakhiri hubungan dengan perkahwinan.
“Kedua-dua pun sudah bercerai, jadi lebih baik menjadikan hubungan kalian ke arah yang lebih baik,” komen peminat.
Difahamkan Grande mula menjalin cinta dengan Slater sebelum aktor tersebut sah bercerai dengan bekas isteri, Lilly Jay pada September 2024.
Sumber – KOSMO! ONLINE