Arab Saudi Belanja Besar, Bina Hotel Dalam Gunung

4
185
Foto: Kosmo

RIYADH – Arab Saudi membuat pelaburan besar dengan mengumumkan projek membina ‘gunung’ buatan manusia mengandungi sebuah hotel dan 35 kediaman mewah eksklusif di pantai Teluk Aqaba, Siranna, lapor portal berita The Sun semalam.

Sebelum ini, Arab Saudi dilaporkan bersedia membelanjakan lebih AS$175 bilion (RM817 bilion) setiap tahun untuk projek mega antara 2025 hingga 2028,  dengan beberapa projek utama yang menelan kos  kira-kira AS$1.3 trillion (RM6.07 trilion) sedang dilaksanakan.

Projek terbaharu Siranna itu adalah melibatkan sebuah hotel menakjubkan yang akan dibina di dalam ‘gunung’ dengan seni bina yang menonjol.

Bangunan itu akan menempatkan kemudahan seperti kelab pantai, kemudahan kesihatan hebat dan denai alam semula jadi dan boleh dilalui sama ada dengan berjalan kaki atau menunggang kuda.

Pelbagai kolam akan dibina di hotel yang mempunyai 65 bilik itu dengan pemandangan Laut Merah yang menakjubkan.

Para tetamu akan tiba di teluk terpencil melalui pengangkutan air dan akan melepasi formasi batuan semula jadi sebelum sampai ke pintu masuk hotel yang menakjubkan itu.

Idea pembangunan itu adalah untuk memastikan sedikit campur tangan dalam alam semula jadi dengan prosedur yang bernas.

Sumber: Kosmo

4 COMMENTS

  1. hello there and thank you for your information – I have definitely picked up something new from right here.

    I did however expertise several technical points using
    this web site, as I experienced to reload the website many times previous to I could get it to load
    properly. I had been wondering if your web hosting is OK?
    Not that I’m complaining, but sluggish loading instances times will very
    frequently affect your placement in google and can damage your quality score if ads and marketing with Adwords.
    Anyway I’m adding this RSS to my email and can look out for much more of your respective fascinating content.
    Make sure you update this again very soon..

  2. Does your website have a contact page? I’m having problems locating it
    but, I’d like to shoot you an e-mail. I’ve got some recommendations for your blog you might be interested in hearing.
    Either way, great site and I look forward to
    seeing it expand over time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here