Saturday, February 15, 2025
HomeBERITAAPM Baling Tangkap Ular 80kg Tersangkut Dalam Pukat

APM Baling Tangkap Ular 80kg Tersangkut Dalam Pukat

BALING, 1 Oktober – Seekor ular sawa seberat hampir 80 kilogram (kg) berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Sungai Tembak, Baling selepas disedari terperangkap dalam pukat seorang penduduk tempatan.

Pegawai APM Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11.00 pagi kelmarin berhubung kehadiran ular sawa sepanjang kira-kira tujuh meter yang tersangkut dalam pukat .

Beliau berkata, ketika kejadian lelaki itu sedang mencari ikan dengan isterinya sebelum menemui ular tersebut berada di dalam pukat berhampiran sungai.

“Lelaki itu yang ketakutan terus menghubungi talian kecemasan APM Baling untuk meminta bantuan bagi menangkap reptilia tersebut.

”Sebaik pasukan APM tiba di lokasi, kami melakukan operasi menangkap reptilia itu dengan menggunakan alat khas. Ular tersebut berjaya ditangkap dan dibawa ke pejabat APM Baling untuk tindakan seterusnya,” kata Mohd Faizol dalam satu kenyataan.

Mohd Faizol berkata, hujan lebat serta cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini dipercayai menjadi punca semakin banyak kes ular bersaiz besar menceroboh masuk ke kawasan kediaman penduduk sekitar daerah Baling.

Bagaimanapun, Mohd Faizol memaklumkan, anggota APM Baling bertugas seperti biasa dan sentiasa bersiap sedia, meskipun sibuk membantu penduduk terjejas banjir.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Baling di talian 044701626 (24 jam) atau 999 untuk mendapatkan bantuan.

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES