Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARAAnjing Telan Wang Tunai, Pasangan Melopong Rugi RM18,548

Anjing Telan Wang Tunai, Pasangan Melopong Rugi RM18,548

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Sepasang suami isteri di negeri Pennsylvania terkejut apabila anjing peliharaan mereka menelan wang tunai berjumlah AS$4,000 (RM18,548), lapor akhbar New York Post.

Menurut Carrie Law, sampul surat berisi wang kertas bernominasi AS$50 dan AS$100 itu hanya diletakkan di dapur selama 30 minit apabila suaminya, Clayton melihat cebisan kertas di atas lantai.

Pasangan itu terkejut kerana anjing baka Goldendoodle bernama Cecil dan berusia 7 tahun itu tidak pernah mengambil apa-apa di dapur termasuk makanan.

Semasa Cecil tidur, pasangan itu menghubungi doktor haiwan dan mereka diberitahu bahawa wang itu akan dikeluarkan melalui najis haiwan tersebut.

Cecil memuntahkan wang tunai sebanyak AS$250 (RM1,159) pada malam itu dan mereka selebihnya terpaksa membawanya ke halaman belakang rumah untuk membuang air besar.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES