Angka Korban Kebakaran Kilang Bateri Di Korea Meningkat

0
32

KOREA SELATAN: Kebakaran sebuah kilang membuat bateri meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa pekerja selain mengakibatkan beberapa yang lain cedera.

Kebakaran tercetus di kilang lithium Aricell di Hwaseong yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Seoul kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Lapor media tempatan, ketika kejadian terdapat 67 pekerja bertugas di lokasi ini.

Angka korban dijangka akan terus meningkat sementara usaha mencari mangsa yang dipercayai masih terperangkap diteruskan.

Pasukan bomba dilaporkan berdepan kesukaran memadam bateri lithium yang terbakar dengan cara konvensional.

Malah api dikatakan merebak pantas dengan letupan demi letupan berlaku sekali gus menyukar operasi menyelamat mangsa.

Kebakaran yang tercetus di bangunan tiga tingkat dengan keluasan kira-kira 2,300 persegi itu masih menjadi tanda tanya.  — BERNAMA-YONHAP

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here