Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAAnggota Polis Tidak Mengaku Pukul Ibu Mentua

Anggota Polis Tidak Mengaku Pukul Ibu Mentua

Kuala Lumpur: Anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap ibu mentuanya dengan memukul warga emas itu, Jun lalu.

Tertuduh, P Hemaath Kumar, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita berusia 63 tahun dengan cara memukul menggunakan tangan di sebuah rumah di Bandar Baru Sri Petaling di sini pada 9.20 malam, 25 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiela Eleena Jamaluddin Akbal menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh, lapor Harian Metro.

Dalam rayuannya, peguam Vinod Sharma yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dikenakan.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 November untuk sebutan kes.

Difahamkan, tertuduh sebelum ini pernah didakwa atas kesalahan memukul isterinya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Emma, Chacha Maembong Kutuk Bella, Siap Cakap ‘Try Hard’?

0
PETALING JAYA – Enggan keruh berpanjangan, pelakon Chacha Maembong tidak berdiam diri apabila namanya turut terpalit dalam perbualan WhatsApp dipercayai antara Aliff Aziz dan...

CATEGORIES