Anggota Polis Dijumpai “Jerut Leher” Guna Jaket Dalam Tandas RnR

0
121
Foto: Kosmo

SEREMBAN – Seorang anggota polis dipercayai menggantung diri ditemukan mati di tandas Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan di Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, melaporkan bahawa sekitar pukul 5.45 petang, Balai Polis Nilai menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan tentang kejadian tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati bahawa si mati, seorang lelaki berusia 25 tahun yang telah berkahwin, merupakan anggota polis yang bertugas di Kontinjen Kuala Lumpur.

“Mayat dijumpai dalam keadaan tergantung pada tiang besi di atas penghadang dalam tandas. Dia dipercayai telah membunuh diri dengan menjerut lehernya menggunakan jaket yang disyaki miliknya.

“Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kecederaan pada tubuh si mati selain kesan jerutan di leher akibat tergantung,” katanya ketika dihubungi.

Berikutan itu, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan mayat mangsa telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat  – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here