Baitulmaqdis: Pasukan askar simpanan Israel mengkritik anak lelaki Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Yair kerana kekal di Miami, sedangkan ribuan orang sudah dipanggil untuk menyertai perjuangan menentang Hamas, lapor portal Independent.
Lelaki berusia 32 tahun itu tinggal di Florida, tempat dia berpindah awal tahun ini selepas dia disaman kerana didakwa memfitnah di Israel berhubung hantaran di media sosial terhadap seorang aktivis politik.
Kira-kira 360,000 askar simpanan dipanggil berikutan serangan berdarah 7 Oktober ke atas Israel yang dilancarkan oleh pejuang Hamas dari Gaza.
Netanyahu menerima kritikan hebat di Israel berhubung serangan yang mengejutkan itu, yang mengakibatkan lebih 1,400 orang awam dan tentera terbunuh dan ratusan lagi dijadikan tebusan.
Angkatan bersenjata Israel terdiri daripada sejumlah besar pasukan askar simpanan yang menamatkan khidmat negara dan boleh dipanggil berkhidmat pada bila-bila masa sehingga mereka berumur 40 tahun.
Sumber: Harian Metro