Anak Ketua Polis Lahad Datu Maut Tertembak Diri Sendiri Di Rumah

0
83
Foto: Majoriti

Kota Kinabalu: Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, hari ini.

Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada 12.42 tengah hari.

Difahamkan, ketika kejadian Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berada di pejabatnya di IPD Lahad Datu.

Pistol miliknya dikatakan tertinggal di rumah dan anaknya dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Dzulbaharin dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Lahad Datu pada 1 April lalu.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here